Saturday, March 24, 2012

tatacara dan disiplin biker2 dari Barat yg harus kita contohi.

tatacara dan disiplin biker2 dari Barat yg harus kita contohi.

Assalamualaikum kepada semua.jumpa lagi kita kali ini.kalau kita semua perasan dan perhati,terdapat beberapa tatacara dan disiplin bikers-bikers dari barat yang harus kita contohi dan ada di antara kita yang telah mengamalkannya,kita teruskan,insyaAlah.



1.helmet



memakai helmet walaupun nak pergi ke lokasi yang dekat.kalau kita perhati di kawasan eropah,penunggang basikal pun memakai helmet.hatta ke kedai sekalipun jarak dari rumah mereka hanya beberapa ratus meter,mreka tetap memakai helmet.


2.kasut.



mereka telah menjadikan amalan memakai kasut sewaktu menunggang menjadi kebiasaan mereka.tentang perkara ini,kita masih lemah lagi.


3.sarung tangan.



tentang sarung tangan,di dalam tanggapan kita,jika kita sebagai biker melihat biker-biker yang lain memakai sarung tangan,kita akan memandang remeh dan kagum kerana menunggang motosikal berkuasa tinggi.dan sebenarnya perkara ini bukan bergantung pada kecil atau besar motosikal anda,tetapi keselamatan,sekurang-kurangnya,jika kemalangan,dapat melindungi tapak tangan.di barat,mereka yang menunggang skuter berkuasa kecil pun memakai sarung tangan.


4.pakaian menunggang.





pakaian menunggang juga mestilah sesuai,sekurang-kurangnya kita memakai seluar yang tebal dan t-shirt lengan panjang dan tebal.kalau lebih baik boleh membeli vest,jaket dan racing suit jika berkemampuan.


5. atttitude bikers.



tentang perkara ini,ada yang telah mengamalkannya seperti tatacara dan peraturan konvoi,menunggang di lebuhraya dan sebagainya.


semoga kita semua boleh mempelajari dan meningkatkan tatacara dan disiplin kita sebagai seorang bikers.

No comments:

Post a Comment