tatacara dan disiplin biker2 dari Barat yg harus kita contohi.
Assalamualaikum kepada semua.jumpa lagi kita kali ini.kalau kita semua perasan dan perhati,terdapat beberapa tatacara dan disiplin bikers-bikers dari barat yang harus kita contohi dan ada di antara kita yang telah mengamalkannya,kita teruskan,insyaAlah.
1.helmet
memakai helmet walaupun nak pergi ke lokasi yang dekat.kalau kita perhati di kawasan eropah,penunggang basikal pun memakai helmet.hatta ke kedai sekalipun jarak dari rumah mereka hanya beberapa ratus meter,mreka tetap memakai helmet.
2.kasut.
mereka telah menjadikan amalan memakai kasut sewaktu menunggang menjadi kebiasaan mereka.tentang perkara ini,kita masih lemah lagi.
3.sarung tangan.
tentang sarung tangan,di dalam tanggapan kita,jika kita sebagai biker melihat biker-biker yang lain memakai sarung tangan,kita akan memandang remeh dan kagum kerana menunggang motosikal berkuasa tinggi.dan sebenarnya perkara ini bukan bergantung pada kecil atau besar motosikal anda,tetapi keselamatan,sekurang-kurangnya,jika kemalangan,dapat melindungi tapak tangan.di barat,mereka yang menunggang skuter berkuasa kecil pun memakai sarung tangan.
4.pakaian menunggang.
pakaian menunggang juga mestilah sesuai,sekurang-kurangnya kita memakai seluar yang tebal dan t-shirt lengan panjang dan tebal.kalau lebih baik boleh membeli vest,jaket dan racing suit jika berkemampuan.
5. atttitude bikers.
tentang perkara ini,ada yang telah mengamalkannya seperti tatacara dan peraturan konvoi,menunggang di lebuhraya dan sebagainya.
semoga kita semua boleh mempelajari dan meningkatkan tatacara dan disiplin kita sebagai seorang bikers.
" For Some,There is Theraphy for the rest of us,There is Motorcycles" -Chopper Garage- (http://www.choppersgarage.tk/)
Saturday, March 24, 2012
Sunday, March 18, 2012
budaya Barat dalam diri Biker dan motosikal.mana yang perlu diikuti mana yang tidak?
budaya Barat dalam diri Biker dan motosikal.mana yang perlu diikuti mana yang tidak?
muslim biker from Dubai
tidak dinafikan bahawa cara hidup,gaya dan motto hidup seorang penunggang motosikal hampir keseluruhannya dari negara- Barat.sebagai orang kecil dan baru dalam bidang motosikal ini,saya tidaklah berniat untuk mencari kesalahan apatah lagi kekurangan bikers-bikers semua.tetapi ini untuk renungan kita bersama.
muslim biker from Bosnia.
sebagai biker yang beragama islam,walaupun kita menunggang motorsikal dari jenama Suzuki,Nitro,Yamaha,Honda hatta Harley Davidson sekalipun,kita masih tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawab dan mematuhi syariat islam.
saya memetik kata-kata dari Hazrat Maulana Muhammad Taqi Usmani Haifzahullah,seorang ulama yang dari pakistan yang menjadi panduan ummat islam secara keseluruhannya dari seluruh dunia,terutamanya dalam bahagian muamalat dan Sunnah.Beliau berkata,
"tidak semua budaya Barat boleh kita ambil dan amalkan.malah sebahagian besarnya sudahpun merosakkan ummat.mana-mana perkara dari Barat yang membawa kebaikan dan munafaat kepada ummat islam,ianya harus dicontohi.dan ianya mestilah selari dengan syariat dan Sunnah Baginda S.A.W..."
janganlah ada di antara kita apabila disebut perkara yang berkait dengan agama,dilabel dan dituduh sebagai fanatik,ekstremis..ini kerana perkara-perkara ini adalah wajib dan asas kepada agama islam yang kita anuti.La Ila HaillaAllah Muhammadar Rasullah.janji ikatan kita kepada Allah S.W.T.
muslim Bikers from Afghanistan.
perkara-perkara di bawah mungkin kita perlu fikirkan kembali dalam hidup kita sebagai penunggang motosikal.
- solat Fardhu kita.kalau individu,ada yang menjaganya walaupun di dalam konvoi/ride atauun mana-mana event.adalah lebih baik jika ahli-ahli club kita yang beragama islam solat bersama-sama dan memastikan member-member mereka menjaganya.
- pada bahagian Aurat,kita usahakan supaya kita dapat menutup aurat bukan dengan cukup syarat,tetapi menutup aurat yang mengikut syariat islam.pada biker-biker lelaki,insyaAllah tiada masalah.saya berharap agar biker-biker dari wanita dapat mengusahakan supaya dapat menjaga dan menutup aurat semasa di dalam konvoi/event.tidak mustahil biker-biker wanita ini dapat menutup aurat.pakaian renang untuk wanita islam pun telah dicipta,tiada yang mustahil.
- pada biker yang bukan beragama islam,kita cubalah menghormati biker-biker yang beragama islam.bukanlah maksud saya kita respect sebab beliau islam,tetapi dalam perkara-perkara asas dan tanggungjawab seorang muslim seperti waktu solat,tempat solat,menyediakan makanan yang halal,tidak ada arak/beer dihidangkan di dalam majlis yang sama.
- sebagai biker yang beragama islam,kita juga hendaklah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada bikers beragama lain.kita mematuhi undang-undang jalan raya,dan menunggang dengan berhemah dan berdisplin.
- patch-patch yang ditampal/dijahit pada pakaian kita hendaklah berhati-hati.elakkan dari adanya unsur-unsur pemujaan pada syaitan dan ayat-ayat yang boleh merosakkan akidah.
- pakaian yang kita guna untuk menunggang biarlah bersesuaian dan berserhana serta ianya mematuhi peratuan keselamatan.
dan banyak lagi perkara yang perlu dinukilkan lagi,tetapi cukuplah sekadar sebahagian saya lampirkan di sini.semoga kita bikers-bikers semua dapat berubah ke arah lebih baik dan dalam masa yang sama kita meneruskan kecintaan dan minat kita pada motosikal-motosikal kita.
Saturday, February 25, 2012
collector`s item for bikers..
bertemu lagi kita kali ini..kali kita bawak topik "collectors item for bikers"..selain minat kita kepada motor2 kita..ada juga aksesori dan merchandise yang dikejar-kejar dan diimpikan biker..
kali ini kita senaraikan antara collerctors item yang bikers2 kita kumpul,aku khususkan kepada model mini dan replica figure:
1. harley davidson & easy rider (1969) die cast model
Harley davidson ullra classic electra glide
replica hd dari filem easy rider.
2. ghost rider (2007)
dan lain2...kita selalu konvoi gi mana2..
tapi jugak ada yang die hard fans woo...
macam adik kecik ni...siap bawak teddy lagi kat side car mini hd dia..
ataupun biker dari pedalaman..
hihihi..minat x mengenal tempat dan mesin..:-)
apa-apapun..aku diehard fans transformers dengan ghost rider..tgh kumpul collector item.
Wednesday, January 18, 2012
cara untuk mengembalikan kilat pada kemasan krom plastik
cara untuk mengembalikan kilat pada kemasan krom plastik.
banyak kereta mahupun motosikal ada sekurang-kurangnya satu atau lebih bahagian krom yang diperbuat daripada plastik pada aksesori mereka,sama pada grill depan kereta,penutup kaburetor dan sebagainya. dari masa ke semasa, krom plastik ini akan pudar dan tidak berkilat lagi.dan sebenarnya,masalah ini ada penyelesaiaanya dengan cara yang cepat dengan bahan=bahan cucian yang mudah didapati.
bahan-bahan yang diperlukan:
baldi
- 5 cupsabun pencuci kereta serbaguna
- 4 cup air suam
- span
- berus gigi yang lembut
- kain pengelap yang tidak berbulu
Prosedur
1. masukkan 5 cup sabun pencuci kereta serbaguna ke dalam baldi dan kemudian masukkan pula 4 cup air suam
2. celup span ke dalam air yang sebati tadi dan kemudian gilap pada bahagian krom plastik yang hendak dibaik pulih/di cuci.
3. setelah itu,berus bahagian yang telah digilap tadi dengan berus gigi yang lembut,dengan pergerakan memutar.
4. kemudian basuh bahagian krom plastik dengan air
5. keringkan dan gilap palstik krom dengan kain pengelap yang tidak berbulu.
- selamat mencuba- :-)
Rujukan:
http://www.ehow.com/how_6934713_restore-plastic-chrome.html
chopper garage 6th anniverrsary party:28 january 2012,5.00 P.M.
blan januari 2012 ni,ada satu event penting kepada biker-bikers semua.. terutamanya yang tinggal di sekitar kl dan selangor..iaitu:
chopper garage 6th anniverrsary party.mari kita sama-sama meriahkan.:-)
Tentatif program
4.00 - 5.00pm : bikers arrival
5.00 - 6.00pm : mingle around & free flow drink
fotoshoot on bikers clubs at fotowall
6.00 - 6.30pm : proceed to dinner hall
6.30 -8.00pm : welcoming speech
speech by choppersgarage founder
cut anniversary cake ceremony
sponsor slot - Red Rider to launch their game (first prize virago 535)
8.00 - 9.00pm : dinner and entertainment (live band)
9.00 - 10.00pm : launching Genting Bike Fest
lucky draw
continue entertainment
11.00 - 11.30pm : souvinier exchange between the clubs
bersurai
Subscribe to:
Posts (Atom)