Sunday, September 4, 2011

tips penjimatan "maintenance" dan petrol motosikal kita.



Kawasaki Concours @GTR1000,1986,kawasaki heavy industries.inc,Japan.




tips penjimatan "maintenance" dan petrol motosikal kita.


Alhamdulillah,selamat hari raya diucapkan kepada semua.sempena raya ini,mari kita lihat dan perhati tips-tips penjimatan dari segi penyelenggaran motosikal dan penggunaaan petrol kita.saya khususkan kepada model motosikal enjin 4 stroke/4 lejang.

"Maintenance" Motosikal.

1."inner oil filter" dan minyak silinder

pastikan penukaran minyak silinder/hitam mengikut jadual.untuk model motosikal yang mempunyai "inner oil filter" iaitu penapis minyak di dalam enjin.kebiasaannya minyak silinder/hitam ditukar setiap 1000-1500 KM.contoh ialah model motosikal lama seperti Honda CG125,Honda Rebel 250 dan sebagainya.

2. "outer oil filter" dan minyak silinder

untuk model motosikal yang mempunyai "outer oil filter" iaitu penapis minyak di luar enjin.penapis minyak di luar ini boleh ditukar setiap 5000KM kerana ianya mudah dipasang.dan untuk penukaran minyak silinder/hitam diutkar setiap 3000-5000KM.contoh model motosikal ialah honda EX5,Yamaha Lagenda 110 dan sebagainya.

3.rantai dan sprocket.

ianya berrgantung kepada tahap penggunaan dan kekerapan.kebiasaannya jika rantai da nspoket dijaga dengan baik,dilaras dan diminyakkan setiap 1000 KM.bleh bertahan sehingga 2 tahun malah ke 3 tahun.tanda-tanda rantai dan spoket mula rosak ialah gigi spoket jadi tajam dan rantai masih kendur walaupun sudah dilaras.

3.spark plug/palam pencucuh.

palam pencucuh/spark plug boleh menentukan keadaan enjin motosikal kita.jika kita buka spark plug dan kita lihat ianya kering dan tidak banyak hitam/karbon.itu tandanya enjin motosikal ktia ditala dalam keadaan baik dan keadaan enjin. masih baik.kebiasaannya ditukar setiap 5000 KM-10,000 KM mengikut model motosikal.

4. Brek dan aksesorinya.

bagi dsik brake,pastikan minyak brek di tangki minyak brek ditukar setiap 2 tahun.periksa hos brek dan pstikan tiada kebocoran.untuk Pam brek pastikan ianya diperiksa setiap 3 bulan. disk pad diperiksa menggunakan tolok/gauge setiap 6 bulan.

bagi brek gelendung/drum brake,apabila brek ini pelarasannnya semakin panjang di pedal,itu tandanya pad-padnya sudah mula haus dan bila terlalu panjang pelarasan dan tidak mencengkam,maka ia perlu diganti.periksa setiap 6 bulan.


bagi perkara-perkara lain ianya perlu diperiksa secara berkala seperi sistem elektrikal merangkumi CDI unit,Stator Coil,plug coil,lampu-lampu isyarat,brek,utama dan sebagainya.tayar dan keadaan rim perlu diperiksa dan diganti jiga tayar sudah terlalu banyak hilang gri/bunganya dan keadaan rim perlu tidak gelong/bengkok.

bearing pada rim hadapan dan belakang seelok-eloknya diganti setiap 2 tahun.




penjimatan petrol

1.panaskan enjin motosikal sebelum diguna setiap hari/sebaik-baiknya di dalam 5-10 minit.

2. kurangkan penggunaan brek.gantikan dengan penutupan pemulas minyak/thorttle di selekoh dan semasa menjaga jarak antara kenderaan.

3. jaga jarak antara kenderaan supaya tidak brek secara mengejut.

4.tunggang motosikal di dalam kelajuan yang istiqamah/konsisten.dan tidak 'merempit" motosikal atau meningkatkan kelajuan secara mengejut kerana ini sememangnya membahayakan diri kita dan orang lain serta inilah antara cara pembzairan petrol paling utama.



kesimpulannya, "maintenance" motosikal dan cara kita menunggang motosikal kedua-duanya berkait rapat denga cara penjimatan kos dalam kos sara hdup yangsemakin hari semakin meningkat.dan sebagai orang islam,tungganglah motosikal anda dengan berhemah dan menjaga akhlak anda.kalau hendak ke masjid untuk solat jumaat sekalipun,pakai helmet anda.jagalah keselamatan dan agama kita sekaligus.

berhati-hati menunggang motosikal dan berkonvoi di musim perayaan ini,sekian.

Mohd.Efendie.

No comments:

Post a Comment