Sunday, April 10, 2011

pengenalan,blog seorang peminat motosikal yang juga hamba Allah S.W.T.




Assalamualaikum .W.B.T.

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

Alhamdulillah, didalam kesempitan masa,ada juga masa saya untuk menwujudkan blog kedua saya tentang motorsikal.untuk pengetahuan semua,saya berminat dengan motorsikal sejak di bangku sekolah sehinggalah sekarang.

motorsikal merupakan salah satu pengangkutan yang berpatutan di dalam kehidupan kita.bagi pendapat peribadi saya,motorsikal pengangkutan yang menjimatkan dari segi minyak dan penyelenggarannya.

di sini saya lampirkan antara motorsikal yang pernah saya tunggang.


1.Yamaha Sports 100
-antara motorsikal yang cukup popuplar tahun 1990-an dulu.saya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



2. Honda C70.
-motorsikal yang tahan lasak dan diminati ramai satu masa dahulu.aya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



3. Honda EX5.
-model ini salahsatu model yang paling umum di malaysia.terkenal dengan ketahanannya dan murahpenyelengaraannya.sayasempat menunggang milik rakan semasadisekolah menengah.



4. Nitro 150 Winstar 1
-model ini ialah satu-satunya motorsikal yang dimiliki sayadan saya menggunanya sehingga hari ini.walaupun ramai orang komplen tentang kualiti,tetapi bagi saya bergantung kepada bagaimana tuan motor itu menjaganya.motor saya Alhamdulillah sehingga hari ini masih berjalan .guna sejak tahun 2004.



5. Suzuki VR125.
-saya menunggang motor ini milik rakan semasa diploma.inilah pengalaman pertama membawa sebuah skuter.




6. Honda XL250R.
-juga menunggang semasa diploma milik rakan.saya mencubanya di lebuhraya PLUS.dari Sg.Dua sampai Juru.sangant berkuasa dan bunyinya sangat merdu.kelajuan maksimum antara 140-150 KM/J.




7.Modenas Kriss 1.
-mennunggang semasa degree milik rakan.agak bagus untuk orang yang berisi kerana ianya berat dan berkuasa.




sekian dahulu untuk psoting kali ini,insyaAllah saya akan terus menulis.kepada rider-rider di luar sana yang menyertai kelab.,ubahlah motor kelab anda contohnya "live to ride."seolah-olah hidup hanya untuk menunggang motorsikal sedangkan kita ada amanah besar yang diberi oleh Allah S.W.T iaitu agama islam.pesan saya untuk diri sendiri dansemua,"berkonvoi,naiklah motor kemana-mana,tapi jadikanlah agama maksud hidup kita,bukanlah motorsikal."jazakaAllahu Khair.:-)

2 comments:

  1. Salam.. boleh story sikit ttg nitro easy rider...parts,maintnce dll... dan klu boleh review skit ttg virago & vulcan,mana yg lebih baik...terima kasih

    ReplyDelete