Sunday, April 10, 2011

review dan komen tentang yamaha virago 250.



Yamaha Virago 250.

Alhamdulillah,untuk posting kedua,kali kita memerhati salah satu model yang sesuai untuk pasaran Malaysia dan ramai digunakan olehh peminat cruiser,easyrider dan chopper iaitu model Yamaha Virago 250.

Yamaha virago 250 mempunyai rupa cruiser yang klasik yang kelihatan sepertisebuah motosikal yang tidak boleh dikawal kuasa kuda dan torque yang mana penunggang motosikal yang baru tidak memerlukan perkara-perkara ini semasa mempelajari asas-asas didalam pengendalian motosikal.

Dari segi keseluruhan,tentang rupa dan gaya motosikal ini,jujur saya mengatakan saya amat berkenan melihat dengan rupa Yamaha virago ini.bukan sahaja kerana ianya kecil dan padat,malah ianya mempunyai bahagian-bahagian berkrom yang cukup untuk memenuhi kehendak penggemar motosikalyang gemarkan berkilat.

Dengan enjin 249CC (cubic),SOHC(single overhead cam-shaft),enjin 60 darjah berbentuk V—Kembar memberikan kita cukup kuasa untuk menunggangnya di sekitar Bandar.dan malah boleh digunakan untuk mengembara dan perjalanan jauh walaupun kitasedar bahawa motosikal ini agak ringan bagi kategori `easyrider`.dan kita akan lebih terpaksa menentang arus angin semasa menunggang dari merasa selesa semasa menunggangnya.

Model ini sebenarnya memang dicipta untuk penunggang motosikal yang berbadan kecil yang mana keitinggian tempat duduknya hanyalah 27 inici!.yang mana ianya 2 inci sahaja rendah dari model Kawasaki ninja 250 model tahun 2007.,motosikal yang mana telah terkenal dengan kerendahan tempat duduknya.saya sungguh kagum yang mana,sebenarnya apabila ketinggian lebih dari 6 kaki atau lebih,kita akan rasa janggal dan sempit semasa menunggang Yamaha virago 250 ini.

Yamaha virago dikeluarkan di dalam tahun 1996-1999 di Malaysia.dan semasa baru dikeluarkan,ianya antara model yang termahal untuk kategori motosikal berkuasa 250 CC untuk penunggang baru. Tapi setelah kita menghidupkania dengan `starter` dan mendengar bunyi ekzosnya yang mana ia menghasilkan bunyi V-twin bagi yang tidak asing dengan model `easy rider.` Enjin yang kecil ini akan menghasilkan bunyi yang menarik dan merdu terutamanya apabila kita memulas pendikit sedikit.

Model ini ialah model yang sempurna dan sesuai untuk penunggang motosikal yang baru dan yang ingin menaik taraf dari menunggang motosikal cub yang mana mereka-mereka ini tidak mempunyai pengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi seperti Yamaha Dragstar atau Honda Shadow,tetapi mereka tetpa hendak melihat rupa klasik cruiser easy rider semasa mereka menunggang.

Satu perkara saya tekankan di sini iaitu penjimatan minyak yang ketara semasa menunggang motosikal ini. Kebiasaannya,kita akan mendapat 3.8 liter minyak petrol untuk perjalanan sejauh 70 kilometer.dan ianya aktif di dalam penjimatan minyak yang sesuai dengan kuasanya.ada pengguna yangmendapat 90 kilometer untuk 3.8 liter minyak petrol.itu satu pencapaian yang baik untuk model berkuasa 250 CC.

model Yamaha Virago 250.



Kelebihan

-antara model berkuasa 250 CC dalam kategori `easyrider` yang mempunyai rupa yang terbaik dan bunyi ekzos yang menarik.

-kadar penjimatan minyak yang aik untuk kategori 250 CC,iaitu 70KM untuk 3.8 Liter Petrol.

-tempat duduk yang rendah untuk penunggang yang berbadan kecil.

Kekurangan.

-berat motosikal yang sangat ringan bagi kategori `easy rider` sehingga kita akan merasa tiupan angin semasa menunggang di lebuh raya.

- cermin pandang belakang tidak berfungsi dengan baik.

-salah satu model motosikal 250CC yang harganya tinggi semasa baru dkeluarkan.

Spesifikasi:

• Enjin: 249cc, air-cooled, SOHC, 60 degree V-twin
• kapasiti:249cc
• stroke dan bore: 49mm x 66mm
• system bahan api 26mm Mikuni carburetor
• nisbah mampatan 10.0:1
• ketinggian tempat duduk: 27.0 inci
• jarak roda: 58.7 inci
• berat: 137 KG.
• jarak perjalanan untuk 3.8 liter:70 kilometer


rujukan:

http://www.bestbeginnermotorcycles.com/yamaha-virago-250-review

pengenalan,blog seorang peminat motosikal yang juga hamba Allah S.W.T.




Assalamualaikum .W.B.T.

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

Alhamdulillah, didalam kesempitan masa,ada juga masa saya untuk menwujudkan blog kedua saya tentang motorsikal.untuk pengetahuan semua,saya berminat dengan motorsikal sejak di bangku sekolah sehinggalah sekarang.

motorsikal merupakan salah satu pengangkutan yang berpatutan di dalam kehidupan kita.bagi pendapat peribadi saya,motorsikal pengangkutan yang menjimatkan dari segi minyak dan penyelenggarannya.

di sini saya lampirkan antara motorsikal yang pernah saya tunggang.


1.Yamaha Sports 100
-antara motorsikal yang cukup popuplar tahun 1990-an dulu.saya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



2. Honda C70.
-motorsikal yang tahan lasak dan diminati ramai satu masa dahulu.aya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



3. Honda EX5.
-model ini salahsatu model yang paling umum di malaysia.terkenal dengan ketahanannya dan murahpenyelengaraannya.sayasempat menunggang milik rakan semasadisekolah menengah.



4. Nitro 150 Winstar 1
-model ini ialah satu-satunya motorsikal yang dimiliki sayadan saya menggunanya sehingga hari ini.walaupun ramai orang komplen tentang kualiti,tetapi bagi saya bergantung kepada bagaimana tuan motor itu menjaganya.motor saya Alhamdulillah sehingga hari ini masih berjalan .guna sejak tahun 2004.



5. Suzuki VR125.
-saya menunggang motor ini milik rakan semasa diploma.inilah pengalaman pertama membawa sebuah skuter.




6. Honda XL250R.
-juga menunggang semasa diploma milik rakan.saya mencubanya di lebuhraya PLUS.dari Sg.Dua sampai Juru.sangant berkuasa dan bunyinya sangat merdu.kelajuan maksimum antara 140-150 KM/J.




7.Modenas Kriss 1.
-mennunggang semasa degree milik rakan.agak bagus untuk orang yang berisi kerana ianya berat dan berkuasa.




sekian dahulu untuk psoting kali ini,insyaAllah saya akan terus menulis.kepada rider-rider di luar sana yang menyertai kelab.,ubahlah motor kelab anda contohnya "live to ride."seolah-olah hidup hanya untuk menunggang motorsikal sedangkan kita ada amanah besar yang diberi oleh Allah S.W.T iaitu agama islam.pesan saya untuk diri sendiri dansemua,"berkonvoi,naiklah motor kemana-mana,tapi jadikanlah agama maksud hidup kita,bukanlah motorsikal."jazakaAllahu Khair.:-)