Tuesday, October 4, 2011

Demak DMS 110 :motosikal buatan tempatan yang memakai `single arm` pertama di malaysia.



Demak DMS 110 :motosikal buatan tempatan yang memakai `single arm` pertama di malaysia.




Jenama Demak mungkin kurang popular berbanding jenama tersohor dari Jepun seperti Yamaha, Suzuki dan Honda. Namun sedar atau tidak, Demak sudah beberapa tahun bertapak di negara kita dan memasarkan banyak model motosikal sama ada bercirikan klasik atau moden. Paling tidak boleh saya lupakan ialah sebuah model kapcai Demak yang diadaptasi daripada model Honda EX5.




Sehingga kini Demak masih mengeluarkan motosikal bercirikan reka bentuk model-model motosikal keluaran syarikat lain. Jika anda melihat galeri foto motosikal kapcai Demak DMS 110 yang saya paparkan di sini, anda tentu tahu rekaannya diinspirasikan daripada model motosikal keluaran Yamaha dan sedikit campuran Honda.




Demak DMS 110 memiliki enjin berkapasiti 110cc empat lejang, spring monoshock dan brek cakera tersedia di roda depan dan belakang. Ciri lain yang agak unik ialah penggunaan rim belakang sporty yang jarang-jarang dilihat pada motosikal keluaran syarikat lain. Empat warna untuk pilihan, hitam, hijau, merah dan oren. Harganya kira-kira RM4,300.00, berpatutan dengan apa yang ditawarkan.




Rujukan

http://www.arenakereta.com/04/10/2011/demak-dms-110-motosikal-keluaran-tempatan-dengan-rekabentuk-unik/

No comments:

Post a Comment