Tuesday, October 4, 2011

Demak DMS 110 :motosikal buatan tempatan yang memakai `single arm` pertama di malaysia.



Demak DMS 110 :motosikal buatan tempatan yang memakai `single arm` pertama di malaysia.




Jenama Demak mungkin kurang popular berbanding jenama tersohor dari Jepun seperti Yamaha, Suzuki dan Honda. Namun sedar atau tidak, Demak sudah beberapa tahun bertapak di negara kita dan memasarkan banyak model motosikal sama ada bercirikan klasik atau moden. Paling tidak boleh saya lupakan ialah sebuah model kapcai Demak yang diadaptasi daripada model Honda EX5.




Sehingga kini Demak masih mengeluarkan motosikal bercirikan reka bentuk model-model motosikal keluaran syarikat lain. Jika anda melihat galeri foto motosikal kapcai Demak DMS 110 yang saya paparkan di sini, anda tentu tahu rekaannya diinspirasikan daripada model motosikal keluaran Yamaha dan sedikit campuran Honda.




Demak DMS 110 memiliki enjin berkapasiti 110cc empat lejang, spring monoshock dan brek cakera tersedia di roda depan dan belakang. Ciri lain yang agak unik ialah penggunaan rim belakang sporty yang jarang-jarang dilihat pada motosikal keluaran syarikat lain. Empat warna untuk pilihan, hitam, hijau, merah dan oren. Harganya kira-kira RM4,300.00, berpatutan dengan apa yang ditawarkan.




Rujukan

http://www.arenakereta.com/04/10/2011/demak-dms-110-motosikal-keluaran-tempatan-dengan-rekabentuk-unik/

Sunday, September 4, 2011

tips penjimatan "maintenance" dan petrol motosikal kita.



Kawasaki Concours @GTR1000,1986,kawasaki heavy industries.inc,Japan.




tips penjimatan "maintenance" dan petrol motosikal kita.


Alhamdulillah,selamat hari raya diucapkan kepada semua.sempena raya ini,mari kita lihat dan perhati tips-tips penjimatan dari segi penyelenggaran motosikal dan penggunaaan petrol kita.saya khususkan kepada model motosikal enjin 4 stroke/4 lejang.

"Maintenance" Motosikal.

1."inner oil filter" dan minyak silinder

pastikan penukaran minyak silinder/hitam mengikut jadual.untuk model motosikal yang mempunyai "inner oil filter" iaitu penapis minyak di dalam enjin.kebiasaannya minyak silinder/hitam ditukar setiap 1000-1500 KM.contoh ialah model motosikal lama seperti Honda CG125,Honda Rebel 250 dan sebagainya.

2. "outer oil filter" dan minyak silinder

untuk model motosikal yang mempunyai "outer oil filter" iaitu penapis minyak di luar enjin.penapis minyak di luar ini boleh ditukar setiap 5000KM kerana ianya mudah dipasang.dan untuk penukaran minyak silinder/hitam diutkar setiap 3000-5000KM.contoh model motosikal ialah honda EX5,Yamaha Lagenda 110 dan sebagainya.

3.rantai dan sprocket.

ianya berrgantung kepada tahap penggunaan dan kekerapan.kebiasaannya jika rantai da nspoket dijaga dengan baik,dilaras dan diminyakkan setiap 1000 KM.bleh bertahan sehingga 2 tahun malah ke 3 tahun.tanda-tanda rantai dan spoket mula rosak ialah gigi spoket jadi tajam dan rantai masih kendur walaupun sudah dilaras.

3.spark plug/palam pencucuh.

palam pencucuh/spark plug boleh menentukan keadaan enjin motosikal kita.jika kita buka spark plug dan kita lihat ianya kering dan tidak banyak hitam/karbon.itu tandanya enjin motosikal ktia ditala dalam keadaan baik dan keadaan enjin. masih baik.kebiasaannya ditukar setiap 5000 KM-10,000 KM mengikut model motosikal.

4. Brek dan aksesorinya.

bagi dsik brake,pastikan minyak brek di tangki minyak brek ditukar setiap 2 tahun.periksa hos brek dan pstikan tiada kebocoran.untuk Pam brek pastikan ianya diperiksa setiap 3 bulan. disk pad diperiksa menggunakan tolok/gauge setiap 6 bulan.

bagi brek gelendung/drum brake,apabila brek ini pelarasannnya semakin panjang di pedal,itu tandanya pad-padnya sudah mula haus dan bila terlalu panjang pelarasan dan tidak mencengkam,maka ia perlu diganti.periksa setiap 6 bulan.


bagi perkara-perkara lain ianya perlu diperiksa secara berkala seperi sistem elektrikal merangkumi CDI unit,Stator Coil,plug coil,lampu-lampu isyarat,brek,utama dan sebagainya.tayar dan keadaan rim perlu diperiksa dan diganti jiga tayar sudah terlalu banyak hilang gri/bunganya dan keadaan rim perlu tidak gelong/bengkok.

bearing pada rim hadapan dan belakang seelok-eloknya diganti setiap 2 tahun.




penjimatan petrol

1.panaskan enjin motosikal sebelum diguna setiap hari/sebaik-baiknya di dalam 5-10 minit.

2. kurangkan penggunaan brek.gantikan dengan penutupan pemulas minyak/thorttle di selekoh dan semasa menjaga jarak antara kenderaan.

3. jaga jarak antara kenderaan supaya tidak brek secara mengejut.

4.tunggang motosikal di dalam kelajuan yang istiqamah/konsisten.dan tidak 'merempit" motosikal atau meningkatkan kelajuan secara mengejut kerana ini sememangnya membahayakan diri kita dan orang lain serta inilah antara cara pembzairan petrol paling utama.



kesimpulannya, "maintenance" motosikal dan cara kita menunggang motosikal kedua-duanya berkait rapat denga cara penjimatan kos dalam kos sara hdup yangsemakin hari semakin meningkat.dan sebagai orang islam,tungganglah motosikal anda dengan berhemah dan menjaga akhlak anda.kalau hendak ke masjid untuk solat jumaat sekalipun,pakai helmet anda.jagalah keselamatan dan agama kita sekaligus.

berhati-hati menunggang motosikal dan berkonvoi di musim perayaan ini,sekian.

Mohd.Efendie.

Sunday, August 28, 2011

selamat hari raya Aidil Fitri,maaf zahir dan batin dari admin blog "Live for Deen,Ride when needed"




Assalamualaikum W.B.T

Innalhamdulillah,saya admin yg juga penulis blog "http://ghostridermujahid.blogspot.com/", backup kepada ghostrider mujahid iaitu,"http://muhammadefendie.blogspot.com/, dan juga blog motorsikal http://ghostridermotorcycle.blogspot.com/ mengucapkan kepada semua pembaca dan pelawat blog,selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dan saya memohon kemaafan dari semua andai tulisan saya ada mewujudkan perasaan tidak senang dan gurisan hati kepada semua..

berhati-hati di jalan raya,dan bermaafan antara kita semua.pastikan raya kita dalam perintah Allah S.W.T.tidak bermakna raya kita semua jika sampai melalaikan dan tidak menunaikan solat.

selamat bersilaturrahim dan ziarah-menziarahi antara sanak saudara,sahabat handai dan jiran-jiran serta umat islam khususnya.



dari,

Admin,Mohd Efendie.

Wednesday, August 17, 2011

motorcycle of the year,2011(best touring bikes):BMW K1600GT




BMW K1600GT,2011 model.The Teutonic Hyper-Tourer

The company that invented Grand Touring reinvents the Grand Tourer. That’s less than earth-shattering news until you settle into the cockpit of a K1600GT. We’ve settled into less comfortable Barcaloungers, and none of them came with a 160-horsepower, 24-valve straight-six, an adaptive xenon headlight array that helps you see around corners, satellite navigation, electronically adjustable suspension or traction control. That adds up to 703 lbs. of Bavarian luxury transport that should handle more like a Barcalounger Churchill II in double-fudge leather. But here’s the earth-shattering part: It doesn’t.



The K1600GT feels more like a BMW K1300S than your average long-distance luxury recliner, with handling that melts off 250 lbs. and acceleration nothing in the class can match. Honda’s GL1800 flat-six was good enough to lock up this slot for the last decade. And unless somebody comes up with a better way to repeal some heavyweight physical laws—gravity, for starters—BMW’s class-busting inline has what it takes to lock it up for the next decade. Or two.



Source: http://www.motorcyclistonline.com/features/122_1109_2011_motorcycle_of_the_year_best_touring_bike/index.html#ixzz1VIcU5Sty

Sunday, August 14, 2011

2009 Harley Davidson Bager Custom By Bad Land.Inc,Japan.











2009 Harley Davidson Bager Custom By Bad Land.Inc,Japan.

Assalamualaikum kepada semua..setelah lama blog motorsikal ini bersarang disebabkan telah terlalu lama tidak di`update` dan dikemas kini..pada psoting kali ini saya nak memaparkan salah satu contoh konsep modifikasi yang bagi saya agak menarik dan kemas yang dibuat oleh Bad Land.Inc dari Jepun..mereka adalah antara bengkel yang mengubahsuai model-model chopper jepun dan harley davidson khususnya..

boleh lawati mereka degan `like` page mereka BAD LAND.INC di Facebook.

Monday, June 6, 2011

Shah Alam bike week,18-19 jun 2011

Assalamualaikum W.B.T kepada semua,maaf, blog ke-2 saya ni agak tidak terurus dan lambat dikemaskini kerana masa saya dilebihkan utk berkhidmat pd agama dgn blog pertama saya,http://ghostridermujahid.blogspot.com/ serta khidmat sy yang daif ini pd islam.

di sini saya letakkan poster Shah Alam bike week, pada 18-19 jun 2011,Sabtu dan Ahad,bertempat di sebelah Stadium Melawati,Shah Alam,saya,insyaAllah akan menghadirkan diri ke sana utk merasai pengalaman berada di dalam minggu motosikal.



tidak kiralah samada kita penunggang `easy-rider,`cub`,dual-purpose`,`super motard`,`superbike`, mahupun `sport tourer` ,kita semua dialu-alukan ke sana.jumpa di sana.

Sunday, April 10, 2011

review dan komen tentang yamaha virago 250.



Yamaha Virago 250.

Alhamdulillah,untuk posting kedua,kali kita memerhati salah satu model yang sesuai untuk pasaran Malaysia dan ramai digunakan olehh peminat cruiser,easyrider dan chopper iaitu model Yamaha Virago 250.

Yamaha virago 250 mempunyai rupa cruiser yang klasik yang kelihatan sepertisebuah motosikal yang tidak boleh dikawal kuasa kuda dan torque yang mana penunggang motosikal yang baru tidak memerlukan perkara-perkara ini semasa mempelajari asas-asas didalam pengendalian motosikal.

Dari segi keseluruhan,tentang rupa dan gaya motosikal ini,jujur saya mengatakan saya amat berkenan melihat dengan rupa Yamaha virago ini.bukan sahaja kerana ianya kecil dan padat,malah ianya mempunyai bahagian-bahagian berkrom yang cukup untuk memenuhi kehendak penggemar motosikalyang gemarkan berkilat.

Dengan enjin 249CC (cubic),SOHC(single overhead cam-shaft),enjin 60 darjah berbentuk V—Kembar memberikan kita cukup kuasa untuk menunggangnya di sekitar Bandar.dan malah boleh digunakan untuk mengembara dan perjalanan jauh walaupun kitasedar bahawa motosikal ini agak ringan bagi kategori `easyrider`.dan kita akan lebih terpaksa menentang arus angin semasa menunggang dari merasa selesa semasa menunggangnya.

Model ini sebenarnya memang dicipta untuk penunggang motosikal yang berbadan kecil yang mana keitinggian tempat duduknya hanyalah 27 inici!.yang mana ianya 2 inci sahaja rendah dari model Kawasaki ninja 250 model tahun 2007.,motosikal yang mana telah terkenal dengan kerendahan tempat duduknya.saya sungguh kagum yang mana,sebenarnya apabila ketinggian lebih dari 6 kaki atau lebih,kita akan rasa janggal dan sempit semasa menunggang Yamaha virago 250 ini.

Yamaha virago dikeluarkan di dalam tahun 1996-1999 di Malaysia.dan semasa baru dikeluarkan,ianya antara model yang termahal untuk kategori motosikal berkuasa 250 CC untuk penunggang baru. Tapi setelah kita menghidupkania dengan `starter` dan mendengar bunyi ekzosnya yang mana ia menghasilkan bunyi V-twin bagi yang tidak asing dengan model `easy rider.` Enjin yang kecil ini akan menghasilkan bunyi yang menarik dan merdu terutamanya apabila kita memulas pendikit sedikit.

Model ini ialah model yang sempurna dan sesuai untuk penunggang motosikal yang baru dan yang ingin menaik taraf dari menunggang motosikal cub yang mana mereka-mereka ini tidak mempunyai pengalaman menunggang motosikal berkuasa tinggi seperti Yamaha Dragstar atau Honda Shadow,tetapi mereka tetpa hendak melihat rupa klasik cruiser easy rider semasa mereka menunggang.

Satu perkara saya tekankan di sini iaitu penjimatan minyak yang ketara semasa menunggang motosikal ini. Kebiasaannya,kita akan mendapat 3.8 liter minyak petrol untuk perjalanan sejauh 70 kilometer.dan ianya aktif di dalam penjimatan minyak yang sesuai dengan kuasanya.ada pengguna yangmendapat 90 kilometer untuk 3.8 liter minyak petrol.itu satu pencapaian yang baik untuk model berkuasa 250 CC.

model Yamaha Virago 250.



Kelebihan

-antara model berkuasa 250 CC dalam kategori `easyrider` yang mempunyai rupa yang terbaik dan bunyi ekzos yang menarik.

-kadar penjimatan minyak yang aik untuk kategori 250 CC,iaitu 70KM untuk 3.8 Liter Petrol.

-tempat duduk yang rendah untuk penunggang yang berbadan kecil.

Kekurangan.

-berat motosikal yang sangat ringan bagi kategori `easy rider` sehingga kita akan merasa tiupan angin semasa menunggang di lebuh raya.

- cermin pandang belakang tidak berfungsi dengan baik.

-salah satu model motosikal 250CC yang harganya tinggi semasa baru dkeluarkan.

Spesifikasi:

• Enjin: 249cc, air-cooled, SOHC, 60 degree V-twin
• kapasiti:249cc
• stroke dan bore: 49mm x 66mm
• system bahan api 26mm Mikuni carburetor
• nisbah mampatan 10.0:1
• ketinggian tempat duduk: 27.0 inci
• jarak roda: 58.7 inci
• berat: 137 KG.
• jarak perjalanan untuk 3.8 liter:70 kilometer


rujukan:

http://www.bestbeginnermotorcycles.com/yamaha-virago-250-review

pengenalan,blog seorang peminat motosikal yang juga hamba Allah S.W.T.




Assalamualaikum .W.B.T.

nah maduhu wanusolli wanusallimu a`la rasulihil kariim,wa a`la alihi wasohbihi wa atba`ihi namalitiddinil qawwim..

kami memuji dan berselawat ke atas Rasul yang mulia dan ke atas Ahli keluarganya,para Sahabatnya dan para Tabi`in yng mendukung agama dan mendirikannya..

Alhamdulillah, didalam kesempitan masa,ada juga masa saya untuk menwujudkan blog kedua saya tentang motorsikal.untuk pengetahuan semua,saya berminat dengan motorsikal sejak di bangku sekolah sehinggalah sekarang.

motorsikal merupakan salah satu pengangkutan yang berpatutan di dalam kehidupan kita.bagi pendapat peribadi saya,motorsikal pengangkutan yang menjimatkan dari segi minyak dan penyelenggarannya.

di sini saya lampirkan antara motorsikal yang pernah saya tunggang.


1.Yamaha Sports 100
-antara motorsikal yang cukup popuplar tahun 1990-an dulu.saya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



2. Honda C70.
-motorsikal yang tahan lasak dan diminati ramai satu masa dahulu.aya sempat menunggangnya milik rakan saya masa sekolah rendah.



3. Honda EX5.
-model ini salahsatu model yang paling umum di malaysia.terkenal dengan ketahanannya dan murahpenyelengaraannya.sayasempat menunggang milik rakan semasadisekolah menengah.



4. Nitro 150 Winstar 1
-model ini ialah satu-satunya motorsikal yang dimiliki sayadan saya menggunanya sehingga hari ini.walaupun ramai orang komplen tentang kualiti,tetapi bagi saya bergantung kepada bagaimana tuan motor itu menjaganya.motor saya Alhamdulillah sehingga hari ini masih berjalan .guna sejak tahun 2004.



5. Suzuki VR125.
-saya menunggang motor ini milik rakan semasa diploma.inilah pengalaman pertama membawa sebuah skuter.




6. Honda XL250R.
-juga menunggang semasa diploma milik rakan.saya mencubanya di lebuhraya PLUS.dari Sg.Dua sampai Juru.sangant berkuasa dan bunyinya sangat merdu.kelajuan maksimum antara 140-150 KM/J.




7.Modenas Kriss 1.
-mennunggang semasa degree milik rakan.agak bagus untuk orang yang berisi kerana ianya berat dan berkuasa.




sekian dahulu untuk psoting kali ini,insyaAllah saya akan terus menulis.kepada rider-rider di luar sana yang menyertai kelab.,ubahlah motor kelab anda contohnya "live to ride."seolah-olah hidup hanya untuk menunggang motorsikal sedangkan kita ada amanah besar yang diberi oleh Allah S.W.T iaitu agama islam.pesan saya untuk diri sendiri dansemua,"berkonvoi,naiklah motor kemana-mana,tapi jadikanlah agama maksud hidup kita,bukanlah motorsikal."jazakaAllahu Khair.:-)